Monday, August 20, 2012

Pelangi Setelah Hujan

Awan Yang Menangis

Hujan lebat turun membasahi bumi. Sehingga kini, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sudah lama juga hujan tidak turun selebat itu. Mana tidaknya, sebelum ni cuaca sangat panas.

Kakak baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Sebelum solat, dia ada berjanji dengan Adik, untuk membancuh air Milo sejuk pada asalnya. Tapi dalam keadaan hujan lebat yang sejuk ini, rasanya kalau bancuh air Milo panas lagi umphh.

Selepas makan tengahari, Adik terus duduk berteleku di tepi tingkap memerhatikan titis-titis hujan yang turun. Di pangkuannya, Boboi si kucing kesayangan Adik sudah terlena. Mungkin selesa dek kehangatan belaian Adik, nak pula tengah sejuk sekarang ini.

"Adik, nak air Milo tak? Kakak bancuh yang panas ye. Sejuk sekarang ni."

"Kakak, tak apalah. Adik tak nak minum air Milo. Adik nak Kakak duduk sebelah Adik, boleh?" pinta Adik sambil menepuk lantai untuk duduk di sebelahnya. Pasti ada sesuatu yang Adik nak tanya ni, hati Kakak berbisik.

Kakak duduk melunjurkan kaki, kemudian mengambil Boboi dari pangkuan Adik dibawa ke pangkuannya. Terdengar bebelan kecil Boboi, mungkin kerana tidurnya yang lena diganggu. Tak lama lepas tu, Boboi tertidur semula.

"Kakak, dah lama kan hujan tak turun?"

"Yep. Alhamdulillah. Allah turunkan juga hujan. Rasa segar sikit dapat bau hujan. Hehe."

"Ha'a Kak. Tengok tu. Katak tu lompat-lompat kat laman rumah. Mesti dia suka hujan turun. Boleh main hujan."

Oh, itulah rupanya yang Adik ralit sangat duduk di tepi tingkap ini. Ralit tengok katak rupanya.

"Kakak, Adik pernah dengar, kalau hujan turun, maksudnya awan tengah menangis ye Kak?"

Kakak tersenyum mendengar soalan Adik. Alhamdulillah, dia dikurniakan seorang Adik yang sangat cerdas. Sudah menjadi kebiasaan, kalau ada apa-apa sahaja yang bermain di mindanya, Adik akan terus bertanya, walaupun ada masanya soalan yang diajukan itu, kedengaran tidak logik juga.

"Oh, awan tu menangis, sebab kena pikul beban air yang sangat berat. Apabila dah tak terlarat nak pikul, awan pun mencurahkan semua air itu turun ke bumi. Nak pula bumi pun masa tu, sangat-sangat memerlukan air hujan untuk menyegarkan balik semua yang layu kerana berpanas."

Adik sudah mula memusingkan badannya menghadap Kakak. Petanda ingin mendengar lagi penjelasan dengan lebih mendalam.

"Kalau ikut proses alam, mula-mula awan akan sedut air dekat sungai sikit, laut sikit, kolam sikit, untuk dikumpulkan. Tak lama lepas tu, awan tu pun akan membesar sedikit demi sedikit, ikut pada banyak mana air yang dia dapat sedut. Dan tak lama lepas tu, apabila awan tu dah rasa berat sangat, dah tak larat dah ni, barulah awan lepaskan air tu turun sebagai hujan. Itupun semua, dengan izin Allah."

Kakak terpaksa menukar perkataan 'sejat' kepada 'sedut', bagi memudahkan si Adik membayangkan apa yang diceritakan itu.

"Kakak, tapi kan, Adik tak nampak pun air kena sedut...."

Meletus tawa si Kakak. Haih Adik. Adik mula membuat muka tak faham.

"Adik, tak semua proses ni kita akan nampak. Itu semua sudah menjadi kuasa Allah, bagaimana air itu disedut ke awan. Macam ni, Adik pernah tengok kan, air dekat bekas Boboi. Kadang-kadang, Boboi tak minum, air dah tinggal sedikit. Itu maknanya air Boboi dah kena sedut ke udara, nak dibawa ke awan. Memang Adik tak nampak air tu kena sedut, tapi Adik tahu, yang air dalam bekas Boboi semakin kurang. Nak pula kalau hari panas macam semalam. Lagi banyak air yang kena sedut apabila cuaca panas."

"Kakak, kalau orang menangis kan, maknanya, mata dia pun boleh sedut air macam awan ye?"

Kakak menarik nafas panjang dan dalam. Soalan yang Adik tanya kali ini, bukannya soalan yang susahpun untuk dijawab. Cuma Kakak tak pasti, seandainya Adik dapat memahami jawapan yang bakal dia berikan itu.

"Macam ni. Manusia menangis, bukan macam tu ceritanya. Manusia ni unik Adik. Allah ciptakan manusia, dengan seketul darah, yang Allah gelarkan sebagai hati. Dan hati tu, secara fitrahnya, sangat lembut. Lembut sehingga mampu untuk menyerap, dan menyimpan segala beban dan kesusahan yang dihadapinya, semasa menjalani kehidupan sehariannya di dunia ni. Dan hati itu, ada tahap kekuatannya untuk bertahan memikul beban dalamnya. Sampai satu masa, hati itu akan melepaskan semua apa yang disimpannya selama ini, melalui tangisan. Tangisan itu bukannya bukti yang hati itu lemah kerana terlalu lembut, tapi ianya bukti yang hati itu sudah lama bertahan untuk menjadi kuat dalam memikul semua beban itu. Macam awan, apabila terlalu berat, akan turun juga hujan.

Tapi, apabila seseorang manusia itu meluahkan semua apa yang dirasa dalam hatinya melalui tangisan, InsyaAllah, dia akan merasa suatu kelegaan, dan juga keringanan di hatinya. Sama macam awan, lepas hujan turun, dia pun akan menjadi kembali ringan, dan bersedia untuk menyedut balik air untuk dikumpulkan.

Manusia pun, selepas menangis, dia akan menjadi lebih bersedia untuk berhadapan dengan setiap kesusahan yang dihadapi. Hatinya yang lembut itu tetap akan terus lembut. Namun, daya kekuatannya untuk menahan beban di dalamnya akan bertambah, membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah."

Kakaknya memandang mata Adiknya. Khusyu' si Adik mendengar, tapi, tak tahulah kalau Adiknya faham atau tidak mesej yang disampaikan itu.

"Jadikan Kak, kalau bumi, awan itu macam hati manusia. Sama juga manusia, hati dia tu macam awan. Sama-sama akan menyedut, tapi lain-lain apa yang disedut. Dan dua-dua akan lepaskan apa yang disedut itu, melalui air. Kalau awan, melalui hujan. Kalau manusia lak, menangis. Tapi kan Kak....."

Si Kakak menanti sambungan kata-kata Adiknya.

"Kenapa Kakak menangis ye setiap kali tolong Ibu masak? Memang tolong Ibu masak tu susah ye?"

Tergelak besar Kakak. Dan kali ini, gelak tawa Kakak disambut oleh gelak si Ibu.

"Tu namanya bukan menangis Adik. Kakak awak tu tak tahan dengan bawang. Setiap kali kupas bawang, berair mata. Asal kupas bawang, berair mata." Sambut si Ibu, dengan membawa dua mug berisi air Milo panas.

"Adik. Adik. Nanti Adik besar sikit tolonglah Ibu kupas bawang kat dapur. Rasa macam mana pedihnya mata masa kupas bawang. Yang tu cerita dia lain pula Adik. Nanti masa Kakak tolong Ibu kat dapur, Kakak cerita kenapa Kakak berair mata masa kupas bawang.

Ibu, terima kasih untuk air Milo panas. Kakak baru terfikir nak bancuh tadi. Sekali Adik tahan Kakak kat sini."

"Tak apa. Kebetulan Ibu pun ralit dengar cerita Kakak kat Adik tadi. Ni Adik faham tak apa yang Kakak cerita panjang dari tadi?"

"Errmmm. Ada yang faham. Ada yang tak. Tak apa, yang Adik tahu, orang yang menangis tu bukan orang yang lemah. Hehe."

"InsyaAllah, sampai masanya nanti, Adik akan faham. Apabila Adik dah besar macam Kakak, Adik akan faham dengan sendirinya setiap apa yang Kakak ceritakan ni," pesan Ibu kepada Adik.

Adik mengangguk. Milo panas mula dihirup perlahan. Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat minum Milo panas waktu-waktu macam ni.

Hujan yang lebat tadi sudah berhenti. Matahari mula memancarkan semula cahayanya. Dan di balik cahaya itu,

"Kakak, tengok tu, ada pelangi."

Adik menunjukkan pelangi kepada Kakak. Lebar senyuman Adik dapat menyaksikan pelangi yang jarang sekali dapat dilihat.

"Kakak, masa hujan, kat luar nampak kelabu. Mendung je. Tapi apabila hujan dah berhenti, matahari keluar sekali dengan pelangi yang ada tujuh warna. Cantikkan alam selepas hujan."

Dengan penuh ceria Adiknya menyampaikan apa yang ada dalam fikirannya. Kakak tersenyum.

Subhanallah. Tidak Allah menciptakan sesuatu itu, tanpa sebabnya. Setiap sesuatu ciptaan itu mempunyai peranannya yang telah ditetapkan Allah. Ada pelangi setelah awan menangis.

"Moga Adik membesar menjadi muslimah yang tabah. Muslimah yang kuat. Muslimah yang tetap lembut hatinya. InsyaAllah. Moga Allah sentiasa melindungimu, wahai Adikku sayang."


- Artikel iluvislam.com

Menanti pelangi setelah hujan, insyaAllah bi iznillah :)

Tuesday, August 14, 2012

Torfatu 'aini...

Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri…

يا حي يا قيوم

Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri

برحمتك استغث

Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan

اصلح لي شأني كله

Perbaikilah untukku urusan semuanya

ولا تكلني الى نفسي

Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri

طرفة عين

Walau sekelip mata



Diriwayatkan bahawa do`a di atas telah diajarkan oleh Rasulullah sallAllahu `alahi wasallam kepada puterinya, Fatimah radhiAllahu `anha. (Riwayat Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)

Do`a ini amat besar maknanya. Ia menggambarkan kebergantungan dan pengharapan yang amat tinggi dari sang makhluq kepada Khaliqnya. Amalkanlah do`a ini dan hayatilah maksudnya. Nescaya akan datang rasa sakinah dan tawakkal yang tinggi di dalam diri kita semua, insyaALLAH.

- www.muzir.wordpress.com

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah kubahagia :)

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...

"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?


Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.

Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?

Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.

Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?

Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?

Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

- Artikel iluvislam.com


Monday, March 26, 2012

Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan...

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah...

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,
mengajarkan makna kewajipan
bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang rusuk yang
bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

Tuesday, March 6, 2012

Bersangka Baik Pada Allah

Sesuai Persangkaan Hamba pada Allah

Sesuai persangkaan hamba pada Allah. Artinya, jika seorang hamba bertaubat dengan taubatan nashuha (yang tulus), maka Allah akan menerima taubatnya. Jika dia yakin do’anya akan dikabulkan, maka Allah akan mudah mengabulkan. Berbeda jika kondisinya sudah putus asa dan sudah berburuk sangka pada Allah sejak awal.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku” (Muttafaqun ‘alaih). Hadits ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap roja' (harap) pada-Nya.

Mengenai makna hadits di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebagian ulama mengatakan bahwa maknanya adalah Allah akan memberi ampunan jika hamba meminta ampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah akan mengabulkan do’a jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lainnya berkata maknanya adalah berharap pada Allah (roja’) dan meminta ampunannya” (Syarh Muslim, 17: 2).

Inilah bentuk husnuzhon atau berprasangka baik pada Allah yang diajarkan pada seorang muslim. Jabir berkata bahwa ia pernah mendengar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam saat tiga hari sebelum wafatnya beliau,

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

“Janganlah salah seorang di antara kalian mati melainkan ia harus berhusnu zhon pada Allah” (HR. Muslim no. 2877).

Husnuzhon pada Allah, itulah yang diajarkan pada kita dalam do’a. Ketika kita berdo’a pada Allah kita harus yakin bahwa do’a kita akan dikabulkan dengan tetap melakukan sebab terkabulnya do’a dan menjauhi berbagai pantangan yang menghalangi terkabulnya do’a. Karena ingatlah bahwasanya do’a itu begitu ampuh jika seseorang berhusnuzhon pada Allah.

Allah Ta’ala berfirman,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (QS. Ghofir/ Al Mu’min: 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah Ta’ala selain do’a.” (HR. Tirmidzi no. 3370, Ibnu Majah no. 3829, dan Ahmad 2: 362, hasan)

Jika seseorang berdo’a dalam keadaan yakin do’anya akan terkabul, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR. Tirmidzi no. 3479, hasan)

Jika do’a tak kunjung terkabul, maka yakinlah bahwa ada yang terbaik di balik itu. Dari Abu Sa’id, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antar kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: (1) Allah akan segera mengabulkan do’anya, (2) Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan (3) Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do'a-do'a kalian.” (HR. Ahmad 3: 18, sanad jayyid).

Ibnu Rajab dalam Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam berkata,

فالإلحاحُ بالدعاء بالمغفرة مع رجاء الله تعالى موجبٌ للمغفرة

“Terus meminta dengan do’a dan memohon ampunan Allah disertai rasa penuh harap pada-Nya, adalah jalan mudah mendapatkan maghfiroh (ampunan).”

Maka yakinlah terus pada janji Allah, husnuzhon-lah pada-Nya. Janganlah berprasangka kecuali yang baik pada Allah. Dan jangan putus asa dari rahmat Allah dan teruslah berdo’a serta memohon pada-Nya.

Ya Allah, kabulkanlah dan perkenankanlah setiap do’a kami.


www.rumaysho.com

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Nabi Musa dengan isterinya

Sumber asal, klik di sini

      Saya yakin para pembaca sekalian kenal akan Nabi Musa ‘alaihi salam. Banyak kisah-kisahnya yang terdapat di dalam al-Qur’an. Sebagai orang-orang yang beriman kepada al-Qur’an, kita beriman bahawa semua kisah-kisah tersebut adalah benar dan ia mengandungi mesej atau pelajaran yang bermanfaat di sebaliknya.


Di sini saya ingin berkongsi satu bab dari kisah Nabi Musa. Ia merujuk kepada ketika beliau dalam perjalanan dari Madyan ke Mesir bersama isterinya. Al-Qur’an tidak menceritakan nama isteri beliau, bererti ia bukanlah sesuatu yang penting untuk mengetahui namanya. 

     Di sini para pembaca sekalian perlu berwaspada dengan para penceramah dan penulis buku agama yang suka menokok tambah nama dan kisah-kisah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an. Ini kerana apa yang diterangkan di dalam al-Qur’an sudah mencukupi sebagai pelajaran yang bermanfaat, apa yang tidak diterangkan dalam al-Qur’an bererti ia bukanlah pelajaran yang bermanfaat. 

 

 

Tatkala Musa Meninggalkan Isterinya…

     Apabila dalam perjalanan dari Madyan ke Mesir, Nabi Musa ternampak api atau cahaya di sebalik Gunung Tursina. Lantas beliau berkata kepada isterinya: Berhentilah, sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ atau sepuntung dari api itu supaya kamu dapat memanaskan diri. [al-Qashash 28:29]

     Di sini terdapat sebuah pengajaran bahawa sekali pun Nabi Musa adalah seorang suami dan pemimpin keluarga, beliau tidak pergi begitu saja meninggalkan isterinya untuk menyiasat api tersebut. Beliau memaklumkan kepada isterinya untuk berhenti. Beliau memaklumkan kepada isterinya sebab untuk berhenti – yakni kerana ada melihat api. Beliau memaklumkan kepada isteri tujuan dia pergi sebentar – yakni untuk mendapatkan berita atau sepuntung api untuk isterinya dapat memanaskan diri.

     Demikianlah ciri-ciri seorang suami yang baik. Meski pun suami tidak perlu meminta izin daripada isteri untuk pergi ke mana-mana, merupakan satu etika suami-isteri yang baik apabila suami memaklumkan kepada isteri akan aktivitinya dan sebab di sebalik aktiviti tersebut.

     Umpama: “Sayang, hari ini abang menjangka pulang lewat dari pejabat. Ada temujanji dengan pelanggan pukul enam petang. Moga pertemuan ini berjaya dan memberikan kita pendapatan tambahan.” Atau: “Ummi, malam nanti abang akan bermain badminton bersama jiran sebelah di kompleks sukan berdekatan. Harapnya dengan senaman yang kerap, abang sentiasa seksi dan menarik kepada ummi.”

   Apabila suami mendahului dengan teladan memaklumkan aktiviti serta tujuan di sebaliknya, isteri juga akan mengikuti dengan akhlak baik meminta izin sebelum keluar rumah serta menyatakan tujuan untuk keluar. Apabila suami tidak keluar melainkan dengan tujuan yang baik, isteri juga tidak akan keluar melainkan apabila memiliki tujuan yang baik. 

     Umpama: “Abang, hari Ahad ini ada kuliah muslimat di masjid berdekatan. Boleh saya menghadirinya, moga-moga mendapat ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama.” 

    Apabila suami menyatakan tujuannya untuk keluar, isteri dapat memahami apa yang dilakukan oleh suami, dapat memberi sokongan dan mendoakan kejayaan. Kembali kepada contoh di atas berkenaan suami yang pulang lewat dari pejabat, isteri dapat membalas dengan: “Baiklah abang, semoga pertemuan berjalan lancar. Saya akan mendoakan kejayaan abang berurusan dengan pelanggan itu. Nanti balik rumah kita makan malam bersama ya!”

 

Peranan Seorang Suami….

     Sejak sejarah bermula, peranan suami ialah menyediakan perlindungan kepada isteri dan anak-anak. Ini jelas tergambar dalam perkataan Nabi Musa apabila beliau ingin pergi melihat api di sebalik Gunung Tursina, agar beliau dapat membawa balik: …sepuntung dari api itu supaya kamu dapat memanaskan diri.

    Hampir semua suami mengetahui tanggungjawab mereka ialah melindungi isteri dan anak-anaknya. Melindungi dari cuaca dengan menyediakan rumah, melindungi dari kelaparan dan dahaga dengan menyediakan makanan dan minuman, serta pelbagai lagi. Akan tetapi mengetahui tanggungjawab tidak bererti mengetahui cara melaksanakan tanggungjawab. Apatah lagi dalam suasana kehidupan yang sangat menghimpit zaman kini, kebanyakan suami merasakan diri mereka gagal apabila tidak dapat menyediakan perlindungan yang sebaiknya untuk isteri dan anak-anak.

     Berhadapan dengan cabaran ini, isteri dapat membantu dengan berterima kasih kepada suami dengan apa yang dapat beliau sediakan, serta memberi motivasi untuk beliau terus mengusahakan yang terbaik. Turut bekerja tidak semestinya merupakan pilihan yang terbaik, kerana ia sebenarnya mengurangkan peluang pekerjaan kepada para suami, sama ada suami sendiri atau suami-suami kepada isteri yang lain. Akhirnya golongan para suami akan semakin gagal dalam peranan mereka untuk melindungi dan ini lambat laun akan memberi pengaruh negatif kepada keharmonian rumahtangga semua pihak.

 

Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit.

    Suami memaklumkan kepada isteri, isteri meminta izin suami, masing-masing menyatakan aktiviti dan tujuan di sebaliknya serta masing-masing melazimkan diri mengucapkan terima kasih dan memberi motivasi….semuanya nampak seperti perkara remeh temeh. Di manakah nilainya apabila dibanding dengan suami yang memberikan cincin berlian kepada suami dan isteri yang memberikan jam tangan berjenama kepada suami?

    Percayalah, sebenarnya perkara-perkara kecil memiliki peranan yang lebih besar dalam menjaga keharmonian rumahtangga berbanding perkara-perkara yang besar lagi mahal. Betapa banyak suami-isteri yang hidup di rumah yang besar, peralatan yang canggih dan perhiasan diri yang mewah, namun mereka tetap tidak bahagia. Berbeza dengan suami-isteri yang hidup serba sederhana, namun hari-hari mereka dipenuhi dengan komunikasi yang bermanfaat antara satu sama lain. Mereka sentiasa tersenyum kerana memiliki rumahtangga yang bahagia.

    Sekali lagi, apabila Allah menceritakan sesuatu kisah di dalam al-Qur’an, tentu ia memiliki pelajaran yang bermanfaat di dalamnya. Allah tidak menceritakan perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh Nabi Musa bersama isterinya, melainkan ia memiliki pelajaran-pelajaran yang besar lagi bermanfaat untuk kita. Bak kata pepatah Inggeris: More often than not, it is the small nonmaterial things that count.

Friday, December 2, 2011

Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid

Sumber, klik di sini

Assalamu 'alaikum

Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk? Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com), saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor, so, betul ke boleh baca Quran masa haid?


Jawab HF:

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.

Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.

Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.

Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

 

Tambah THTL:

1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':

Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.

Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.

Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.

2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'

Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

 

3. Wanita haidh baca al-Qur'an

Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.

Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.

Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.

Wednesday, November 30, 2011

Celupan Allah

Zihin (minda) seorang mukmin perlu menjadi minda yang sahih. Kerangka fikiran yang menjadi penentu corak pemikiran kita perlulah dicorakkan oleh kerangka dan warna keimanan. Baharulah seluruh hidup dan mati, tingkah dan laku, tutur dan kata serta tarik dan hela nafasnya akan bernuansakan keimanan. Segalanya akan diwarnai dengan celupan Allah.

Allah Taala sendiri telah menyatakan hal ini sebagaimana firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat ke-13:

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

“Shibghah (celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.”

Imam At-Tobari menukilkan dua pendapat mengenai makna shibghah (celupan) ini. Pendapat yang pertama menyatakan maknanya ialah ‘agama Allah’. Manakala pendapat yang kedua ialah ‘fitrah yang Allah ciptakan dengannya’. Mengambil kira kedua-dua takwilan ini, boleh kita fahami perkataan shibghah ini merujuk kepada pembentukan dan pelarutan secara syumul seluruh warna dan corak kehidupan kita dengan agama Allah. Termasuklah zihin (minda) dan kerangka pemikiran kita.

Iman yang murni akan meletakkan keyakinan kepada kewujudan, keesaan, kekuasaan dan kebesaran Allah Taala untuk melebihi segala-galanya. Kemurnian iman ini pula akan mendorong untuk seseorang itu berfikir, berkeinginan, berbicara dan berkelakuan sebagaimana yang mendatangkan keredhaan dan kesukaan Allah Taala. Maka tidak ada satu kehidupan yang lebih dicintai oleh Allah Taala melebihi bentuk dan corak kehidupan Rasulullah s.a.w. dan kehidupan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Tidakkah Allah sendiri yang telah berfirman?

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah Aali ‘Imran 3: 31)

Allah Taala telah mengaitkan kasih dan cintaNya dengan sejauhmana kita dapat mengikuti dan menuruti kehidupan suci murni Rasulullah s.a.w. Demikian juga, Allah Taala sendiri telah menyatakan:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah 9: 100)

Amat jelas, Allah Taala telah mengikat keredhaanNya kepada kita dengan ukuran sejauhmana kita dapat mengikuti para sahabat Rasulullah s.a.w.

Seluruh kerangka pemikiran kita perlu dicelup dengan celupan Allah. Pemikiran kita perlulah dibentuk oleh acuan keimanan yang kental dan murni. Keimanan dan keyakinan bahawa untuk melayakkan kita mendapat manfaat langsung daripada Allah Taala, tidak dapat tidak mestilah mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa segala kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat, tidak akan terjadi melainkan dengan mentaati seluruh perintah Allah Taala, sebagaimana manhaj (cara) Nabi Muhammad s.a.w.

Hanya pemikiran yang dibingkai oleh keimanan dan keyakinan begini mampu meletakkan tuannya dalam laluan yang betul dan sahih. Jika tidak, kita akan kehilangan jati diri dan makna hidup yang betul.

Cuba jika kita ditanyakan, “Senaraikan nama-nama negara Timur Tengah!”

Sudah tentu kita akan menyebutkan Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kuwait dan sebagainya. Mungkin dengan spontan sahaja kita akan senaraikan nama negara-negara tersebut.

Namun, pernahkah kita tanyakan, “Eh… ‘timur’ itu dari mana? ‘tengah’ itu dari mana? Aku yang tinggal di Malaysia ini, adakah Jordan, Arab Saudi dan negara-negara Arab itu terletak di sebelah timur Malaysia?”

Timur atau barat?

Lihatlah… betapa kita kehilangan jati diri yang paling mudah, sehingga timur dan barat juga kita telah keliru. Jika kita berada di London, maka baharulah betul istilah Timur Tengah merujuk kepada gugusan negara Arab tersebut. Jika kita yang di Tanah Melayu pun merasa negara-negara Arab pun duduk di sebelah timur kita, maka itu adalah satu tanda yang amat jelas, betapa rosaknya zihin (minda) kita hari ini.

Sedarkah betapa huru-haranya zihin kita hari ini?

Link asal di sini

Thursday, October 27, 2011

Indahnya Hidup Bermatlamat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, pada hari Isnin yang lalu, saya telah mengikuti satu talk yang menarik dari seorang senior saya, Kak Eva Mahirah, yang bertajuk "Antara Ijazah dan Risalah". InsyaAllah jika ada masa, saya akan share pengisian program ringkas itu di lain masa. Selang 2 hari selepas itu, satu lagi program menarik telah diadakan di Surau al-Muttaqin, bertajuk "Tell Me About Islam" yang telah disampaikan oleh beberapa orang penceramah jemputan dari Pulau Pinang. Alhamdulillah, program-program ini benar-benar telah membuka mata hati saya dan para pendengar yang lain tentang matlamat hidup. Bak kata Ustaz Kamarul Salam, kemungkaran yang terbesar di dunia adalah apabila manusia tidak tahu apa matlamat hidupnya. Maka, natijahnya, berlakulah pelbagai maksiat dan kerosakan di muka bumi ini yang merupakan symptom-symptom kepada penyakit "tiada matlamat hidup" itu. Justeru itu, amatlah penting untuk kita merawat penyakit itu bagi membanteras symptom-symptom tersebut.

Bila disebut matlamat hidup, pasti ada alat untuk mencapai matlamat tersebut. Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program Ini Sejarah Kita (ISK) pasti anda pernah mendengar analogi kuning telur dan putih telur, kan? Ringkasnya, kuning telur itu sering dianalogikan sebagai matlamat hidup, manakala putih telur pula dianalogikan sebagai alat untuk mencapai matlamat tersebut. Di sini terdapat satu lagi artikel menarik yang membincangkan tentang indahnya hidup bermatlamat.

Jika dipandang pada sebiji telur itu,ada pelbagai tafsiran.Dipandang dari sudut pemikiran seseorang.Jika tukang masak,maka dia akan membayangkan resepi yang beraneka dari telur tersebut,jika dipandang dari seorang yang tengah lapar,akan membayangkan telur goreng yang enak untuk dimakan.Pandangan dari seorang artis (baca orang seni) pula,maka dikatakan telur ayam itu adalah sesuatu yang artistik,tetapi dari pandangan seorang pendakwah pula bagaimana?

Lihat pada struktur telur ayam itu,terdapat tiga lapisan yakni kulit telur,putih telur dan kuning telur.Yang mana paling penting dari yang penting?Tentulah kuning telur kerana dari situlah akan terbentuk anak ayam,setuju? Namun,tidak dilupa pentingnya juga fungsi kulit telur yang bertindak sebagai pelindung dan putih telur sebagai penyalur zat makanan.

Apa pengajarannya?

Ternyata ini adalah satu analogi untuk melihat apa itu MATLAMAT dan juga ALAT..

Kuning telur itu adalah matlamat,dan putih telur serta kulit itu adalah alat.Matlamat adalah untuk mendapatkan anak ayam melalui kuning telur dan cara menjayakan matlamat itu adalah melalui putih telur dan kulit yang bertindak sebagai alat.Faham disitu?

ALAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT

Koreksi kembali,apa matlamat penciptaan manusia di dunia ini?

Anda manusia kan?Anda sudah tahu tujuan anda dihidupkan?

Mari,mari ke sini,ana ingin mengingatkan semula,mungkin ada yang terlupa tujuan penghidupan ini…

Dan apabila tuhan kamu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan diatas muka bumi ini seorang KHALIFAH..( Al Baqarah 2: 30)

Ayat di atas menerangkan fungsi kita adalah untuk menjadi KHALIFAH..Seterusnya apa?

Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka MENYEMBAH kepada-KU..(Adz-Dzariyat 51:56)

Setelah itu adalah IBADAH..Ya,matlamat hidup manusia itu ada dua yakni menjadi KHALIFAH dan melaksanakan IBADAH..

Khalifah..ibadah..adalah matlamat..

Apa pula alat untuk mencapai dua matlamat itu?

Apa-apa sahaja yang anda perolehi di dunia ini adalah alat.Dari konteks sebagai seorang pelajar, belajar adalah suatu alat untuk kita mencapai matlamat.

Adalah tidak adil untuk mendahulukan study dari program-program dakwah seperti usrah,daurah halaqah dan sebagainya melainkan jika sudah tiada alasan untuk dielakkan.

Bukan bermakna ana mahu kalian mengabaikan study,namun tidak adil jika kalian menyalahkan merosotnya pelajaran dan keputusan peperiksaan kalian hanya kerana dakwah.Salah anda melakukan percaturan masa atau salah anda mengikuti jalan dakwah ini?

Kedua-duanya penting,jika tiada alat,maka tidak tercapai matlamat,namun jika tiada matlamat,apalah guna alat?

Di dunia ini,betapa ramai manusia yang sudah lari dari matlamat hidup sebenar,mengejar kemewahan,bermegah dengan kereta besar,rumah besar,bini besar,anak besar..Ingat,dua matlamat kita yang sebenar adalah KHALIFAH dan IBADAH.Segala kemewahan yang dikejar,kereta besar dan semua yang besar itu adalah alat untuk kita mencapai dua matlamat itu.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran 3:14)

Justeru,buahkan persoalah yang bertalu-talu dalam diri anda,apakah tujuan anda belajar?Adakah untuk mendapat pekerjaan yang baik atau mendapat dekan setiap semester,atau untuk mencapai matlamat khalifah dan ibadah?

Apakah tujuan anda bekerja sekarang ini?Untuk membeli kereta mewah kah,untuk naik pangkat kah,atau mencapai dua matlamat sebenar ini..

Ingatlah setiap pekerjaan yang kalian lakukan di dunia ini adalah alat untuk mencapai matlamat.

HIDUP DALAM ‘KANDANGAN’ IBADAH

Menjadi khalifah adalah ibarat Lasso.Kita perlu menarik setiap dari manusia sama ada rakan,keluarga atau yang lain untuk masuk ke ‘kandang’ ibadah.

Persoalannya kenapa menarik?kenapa tidak menolak?

Jika menarik,maka kita masih berada di dalam ‘kandang’ ibadah, namun jika menolak,maka anda sudah terkeluar dari ‘kandang’ ibadah.Kita tidak mahu menyeru atau berdakwah dengan cara keluar dari ‘kandang’ ibadah.Pastikan kita berada di dalam, menarik mad’u,bukan menolak mad’u itu.

Teori ini cukup mengajar ana suatu perkara,bahawa janga bertangguh dalam setiap pekerjaan, kerana gerak kerja Islam terlalu banyak.Mahu bersenang-senang bukan waktu sekarang,kerana hidup di dunia ini adalah ladang untuk kita menuai,sentiasa bekerja..bekerja..dan bekerja.. perjuangan agama ini tidak pernah akan selesai hinggalah akhir nyawa kita.

Ana pernah berasa lelah pada awalnya.Lelah untuk belajar, mengenangkan seronoknya untuk hadir usrah,daurah dan sebagainya.Hingga akhirnya ana menulis wasiat kepada diri,bahawa jika tiada alat,maka ana tidak mampu mencapai matlamat.Justeru,ana tidak boleh mengabaikan kedua-duanya.

Kadangkala untuk memahamkan kawan-kawan mengapa ana menjadi begini bukanlah mudah.Tatkala orang berlibur hujung minggu atau waktu malam,ana pula sibuk memegang buku dan bahan bacaan untuk dihadam sebanyaknya,mengejar hafazan yang masih merangkak-rangkak, hujung minggu tiada cuti.Duduk di hadapan laptop untuk mencari ilmu serta menjalankan dakwah fardhiah.Siapa yang rasa tidak cemburu dengan kelapangan waktu?Namun,ana tekadkan diri bahawa waktu yang lapang itu adalah musuh bagi seorang dai’e!

Mana mungkin seorang penyeru boleh bersenang-lenang tatkala masih ramai manusia di luar yang perlu ditarik masuk ke ‘kandang’ ibadah.

Hingga akhirnya ana tidak betah untuk merasa lapang.Rindu untuk menjalani rutin sebagai orang yang sibuk,penuh dengan tanggungjawab.

PENUTUP

Jika kalian faham,tatkala kalian sudah bergraduasi,memperoleh pekerjaan dan berjaya menjadi seorang yang kaya,baru kalian sedar bahawa kalian sudah lama kehilangan sesuatu dalam hidup.Menjalani hidup seperti robot,pergi kerja,balik kerja,tidur,makan..kemudian rutin itu diulang hingga ke akhir hayat.Mahukan kalian mati tanpa ada sumbangan terhadap agama?

Kalian kehilangan suatu perkara yakni tujuan menjadi khalifah dan ibadah.

Mungkin senang untuk dihadam teori sebegini,namun sukar untuk diterap pada amal..

Ingatlah,bersama kesukaran itu pasti ada kesenangan..

Belajarlah untuk mencapai matlamat,dakwah dan study adalah perkara yang menjadi fenomena terutama kepada mahasiswa di universiti.Ingat..dakwah adalah prioriti hidup ini.

Ana juga belajar untuk menyusun masa dengan kadar teratur.Agar yang tidak terjadi yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Belajar untuk tidak bertangguh dalam setiap urusan.

Allah itu dekat dengan kita,Allah sentiasa bersama dengan orang yang ingin bersama denganNya~

Friday, September 30, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

"Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya:

'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.'"

Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:

'Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku'' Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tuesday, August 23, 2011

The Victory

Bismillahirrahmanirrahim...




Doa Nabi sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan,
"Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa fa'fuanni".
(Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Pemaaf, Kau sukakan kemaafan, maka maafkanlah diriku)

Selamat beramal!


Sunday, July 17, 2011

Jangan berhenti berkenalan, renungan buat suami dan isteri

Sumber, klik di sini


“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.

“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.

“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.

Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.

‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIAN
Buat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Online bertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.

Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :



“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.

Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.

Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”


Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.

Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.

Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.

Mengapa?

SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.

Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.

Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.

Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.

“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.


PERUBAHAN
Sikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.

Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.

Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.

Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.

Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.


MANUSIA BERUBAH
Hakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.

Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.

Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.

Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :



يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ


Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )

Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.

Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.


JANGAN BERHENTI BERKENALAN
“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.

Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.

Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.

“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.

Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.

Alhamdulillah…

Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Wednesday, June 29, 2011

Life Soul

Bismillahirrahmanirrahim...

Don’t tell anything you don’t do it
Don’t tell anything you can not stand alone
Don’t tell anything all are wrong condition
Don’t tell anything…2x

Allah hanya bergantung pada
prasangka hambaNya
KepadaNya

My friend…
Life is once only
It will not come back anymore
Silence never to change everything
Wake up…wake up!
Don’t give up

Allah hanya bergantung pada
prasangka hambaNya
KepadaNya

Allah is only stand
My prediction to Allah
We want what to be
We make decision not any one

Life Soul - Maidany






Firman Allah dalam hadis Qudsi,
"Jikalau seseorang hamba itu mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta, dan jikalau dia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, jikalau hamba itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari anak." [HR Bukhari]

Allah berfirman,
"Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu" [HR Muslim]

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" [al Baqarah, 2:186]

p/s: InsyaAllah, Let's do it! :)

Tuesday, June 21, 2011

Jom Belajar Bahasa Arab!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sumber: http://badaronline.com/artikel/keutamaan-bahasa-arab.html

Keutamaan Bahasa Arab.

Tidak perlu diragukan lagi, memang sepantasnya seorang muslim mencintai bahasa Arab dan berusaha menguasainya. Allah telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Qur’an karena bahasa Arab adalah bahasa yang terbaik yang pernah ada sebagaimana firman Allah ta’ala:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”

Ibnu katsir berkata ketika menafsirkan surat Yusuf ayat 2 di atas: “Yang demikian itu (bahwa Al -Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab) karena bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas, dan maknanya lebih mengena lagi cocok untuk jiwa manusia. Oleh karena itu kitab yang paling mulia (yaitu Al-Qur’an) diturunkan kepada rosul yang paling mulia (yaitu: Rosulullah), dengan bahasa yang termulia (yaitu Bahasa Arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (yaitu malaikat Jibril), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia diatas muka bumi (yaitu tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (yaitu Romadhan), sehingga Al-Qur an menjadi sempurna dari segala sisi.” (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir surat Yusuf).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Berkata: “Sesungguhnya ketika Allah menurunkan kitab-Nya dan menjadikan Rasul-Nya sebagai penyampai risalah (Al-Kitab) dan Al-Hikmah (As-sunnah), serta menjadikan generasi awal agama ini berkomunikasi dengan bahasa Arab, maka tidak ada jalan lain dalam memahami dan mengetahui ajaran Islam kecuali dengan bahasa Arab. Oleh karena itu memahami bahasa Arab merupakan bagian dari agama. Keterbiasaan berkomunikasi dengan bahasa Arab mempermudah kaum muslimin memahami agama Allah dan menegakkan syi’ar-syi’ar agama ini, serta memudahkan dalam mencontoh generasi awal dari kaum Muhajirin dan Anshar dalam keseluruhan perkara mereka.” (Iqtidho Shirotil Mustaqim).




Hukum Mempelajari Bahasa Arab.

Syaikhul Islam Berkata: “Dan sesungguhnya bahasa Arab itu sendiri bagian dari agama dan hukum mempelajarinya adalah wajib, karena memahami Al-Kitab dan As-Sunnah itu wajib dan keduanya tidaklah bisa difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab. Hal ini sesuai dengan kaidah:

مَا لاَ يَتِمٌّ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

“Apa yang tidak sempurna suatu kewajiban kecuali dengannya maka ia juga hukumnya wajib.”

Namun disana ada bagian dari bahasa Arab yang wajib ‘ain dan ada yang wajib kifayah. Dan hal ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah, dari Umar bin Yazid, beliau berkata: Umar bin Khattab menulis kepada Abu Musa Al-Asy’ari (yang isinya) “…Pelajarilah As-Sunnah, pelajarilah bahasa Arab dan I’roblah Al-Qur’an karena Al-Qur’an itu berbahasa Arab.”

Dan pada riwayat lain, Beliau (Umar bin Khattab) berkata: “Pelajarilah bahasa Arab sesungguhnya ia termasuk bagian dari agama kalian, dan belajarlah faroidh (ilmu waris) karena sesungguhnya ia termasuk bagian dari agama kalian.” (Iqtidho Shirotil Mustaqim).



JOM BELAJAR BAHASA ARAB!

Klik sini untuk belajar :)

Sunday, June 19, 2011

Qabil dan Habil

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”. Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa”. (QS. 5:27)



Thursday, June 16, 2011

Doa Tilawah

Bismillahirrahmanirrahim...






Rabbi zidni ilma
"Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku"
[Taha, 20: 114]

Saturday, June 11, 2011

Be Positive!




Usaha, Tawakal, Doa, InsyaAllah!

Be positive please ;)

Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?" [al Ankabut, 29: 2]





"Barangsiapa BERTAQWA kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [at Talaq, 65: 2-3]





"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya." [al Baqarah, 2: 286]

Berdoalah...

"Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapai orang-orang kafir." [al Baqarah, 2: 286]

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." [Ali Imran, 3: 139]


p/s : Cantiknya ayat-ayat cinta dari Allah ;)
Be with Allah. You will find Allah with you. Alhamdulillah :)

Friday, June 10, 2011

Valley of the Wolves

Salam...

sekadar berkongsi:

Sunday, June 5, 2011

Jom berpuasa sunat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Semoga sentiasa berada dalam kesejahteraan. Di sini adalah sedikit peringatan buat diri saya sendiri serta saudara dan saudari sekalian tentang puasa-puasa sunat yang boleh diamalkan.


Puasa-puasa sunat :

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji).
2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari 13, 14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya.


InsyaAllah, mari sama-sama kita tingkatkan amal ibadat, semoga Allah menerima segala amalan kita, Ameen...


"Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
[al An'am, 6: 162]


Sila baca artikel Fadhilat Rejab untuk penerangan yang lebih jelas.

Selamat beramal :)


6 Jun 2011 / 4 Rejab 1432 H
0146