Monday, October 26, 2009

Yang Paling Istimewa

Assalamualaikum wbt...smga semua berada dlm keadaan sejahtera iman, akhlaq dan kesihatan insyaAllah...

Kali ni nk ajak sume utk reflect betapa istimewanya kita sebagai manusia, salah satu dari berjuta makhluk ciptaan Allah...pencipta yg Maha Agung...

Di dalam surah Annas 114:1-3 secara spesifik dinyatakan Allah sebagai Tuhan manusia;
"Katakanlah 'Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, sembahan manusia' "


Berbanding di dalam surah Al Fatihah 1:2 Allah disebut sebagai Tuhan seluruh alam;
'Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam'

Tidakkah kita sedar betapa istimewanya KITA sebagai makhluk ciptaanNya yg disebut secara spesifik dalam AlQuran?

Bukan hanya setakat dengan itu, malah Allah turut menyediakan alam ini, bumi ini untuk KITA manusia hidup di dalamnya sementara menunggu hari akhirat yg kekal abadi....

Dalam surah AnNaba' 78: 6-18
'Bukankah Kami telah menjadikan Bumi sebagai hamparan,
dan gunung2 sbg pasak?
dan Kami menciptakan kamu berpasang2an,
dan Kami menjadikan tidurmu untuk beristirehat,
dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian,
dan Kami menjadikan siang utk mencari penghidupan,
dan Kami membangun di atas kamu 7 (langit) yg kukuh,
dan Kami menjadikan pelita yg terang-benderang (matahari),
dan Kami turunkan dari awan,air hujan yg tercurah dgn hebatnya,
utk Kami tumbuhkan dgn air itu biji2an dan tanam2an,
dan kebun2 yg rendang.'

Jika difikirkan kembali dari sudut teori sains, sudah pasti memerlukan berjuta2 chemical reaction utk menyalakan matahari, dan betapa kukuhnya langit yg Allah ciptakan yg tidak pernah runtuh, malah dihiasi bintang pada waktu malamnya utk memberi ketenangan dan arah kepada manusia.... fikirkanlah dari sudut graviti? proses pembentukan air hujan? (yg mengambil jurusan fizik pasti maklum betapa kompleks setiap proses ini..subhanallah)

Kesimpulannya, jelaslah betapa Allah merupakan jurutera yg Maha Bijaksana lagi Maha Agung yang telah mencipta alam, Bumi dan seluruh isinya ...dan Allah bukan setakat menciptanya, malah juga mentadbirnya setiap masa, setiap saat, setiap ketika...... tetapi untuk siapakah semuanya ini?? Sudah pasti utk yg paling istimewa... insyaAllah...

Dalam surah Al An'am 6:165
'Dan Dialah menjadikan kamu sebagai khalifah2 di Bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebhg kamu di atas yg lain, utk mengujimu di atas kurnia yg diberikanNya kpdmu. ...'

Sama2 kita berusaha utk dpt excellent dlm ujian yg dtg khas dari Allah, yg Maha Mencipta dan Mentadbir everything for the sake of hambaNya yg hina ini.... insyaAllah...

Wallahu a'lam..

Monday, October 19, 2009

Stairway to Heaven :)

Salam ukhuwwah buat semua,

Seperti mana yg kita sedia maklum, end in mind yg patut kita setkan ialah utk masuk syurga dgn redha-Nya insyaAllah....

Dari Surah Ali Imran 3:133

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg bertaqwa."

Tapi apakah jalan2 atau cara2 utk menuju syurga? jawapannya ada dalam ayat yg sama, iaitu dgn menjadi org2 yg bertaqwa...

Jadi, apakah ciri2 org bertaqwa yg patut kita lengkapkan diri dengannya? Sesungguhya banyak sekali penerangan tentang ciri2 org bertaqwa yg diterangkanNya dalam AlQuran...

Ciri2 org bertaqwa (berdasarkan Surah Ali Imran 3:134-135):


1) Berinfaq di waktu lapang mahupun sempit.
2) Menahan marahnya.
3) Memaafkan kesalahan org lain.
4) Apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera)
mengingat Allah + memohon ampunan di atas dosa-dosanya.


Marilah sama2 kita muhasabah, sudahkah kita memiliki ciri2 di atas yg hanyalah merupakan secebis dari ciri2 org bertaqwa yg diterangkan dalam Al-Quran..(ada banyak lagi insyaAllah)..

Semoga kita sama2 bersemangat utk bermujahadah utk menuju ke syurgaNya insyaAllah.. =)

Sebelum mengundur diri, ingin saya kongsi sebuah hadis riwayat Muslim sbg pembakar semangat kita semua insyaAllah:

Dari Hadis 22 (of Hadis 40):

Abu Abdillah Jabir bin Abdillah Al-Anshari r.a. menerangkan bahawa ada seorang lelaki yg bertanya kepada Rasululllah s.a.w., ia berkata:

"Bagaimana pendapatmu jika aku telah mengerjakan solat maktubah (solat fardhu 5 waktu), berpuasa ramadhan, menghalalkan yg halal, dan menharamkan yg haram dan aku tidak menambahnya dgn sesuatu apa pun. Apakah aku bisa masuk syurga?" Beliau menjawab; 'Ya' "

Monday, October 12, 2009

Keuntungan yang NYATA lagi BENAR dariNYA..

Salam ukhuwwah buat semua...

Apa khabar iman kita hari ini? Moga sentiasa bersemangat mencari redhaNya dalam apa jua yg antum lakukan sehari2 dan setiap tika...insyaAllah...

Ingin saya kongsi suatu hadis (di sini saya rephrase sahaja kerana 'short term memory' hehe...)...berdasarkan hadis itu...yang benar2 beruntung di kalangan yang beriman adalah org yang berILMU....dan yg paling beruntung di kalangan yg berilmu adalah yang berAMAL dengan ilmunya...dan yg paling beruntung di kalangan yg beramal dgn ilmunya adalah org2 yang beramal dgn IKHLAS.....

Tidakkah mahu kita menjadi org yg beruntung itu??

Allah sudahpun menunjukkan jalan kepada kita..selaku hambaNya...bagaimana menjadi hambaNya yg beruntung....
3:104

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yg menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yg makruf, dan mencegah dari yg mungkar. Dan mereka itulah org2 yg beruntung.

Rugilah org2 yg tidak mahu mengejar keuntungan ini....Sama2 kita muhasabah insyaAllah...

Fastabiqulkhairat!! :)

Wallahu a'lam...