Seperti mana yg kita sedia maklum, end in mind yg patut kita setkan ialah utk masuk syurga dgn redha-Nya insyaAllah....
Dari Surah Ali Imran 3:133
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg bertaqwa."
Tapi apakah jalan2 atau cara2 utk menuju syurga? jawapannya ada dalam ayat yg sama, iaitu dgn menjadi org2 yg bertaqwa...
Jadi, apakah ciri2 org bertaqwa yg patut kita lengkapkan diri dengannya? Sesungguhya banyak sekali penerangan tentang ciri2 org bertaqwa yg diterangkanNya dalam AlQuran...
Ciri2 org bertaqwa (berdasarkan Surah Ali Imran 3:134-135):
1) Berinfaq di waktu lapang mahupun sempit.
2) Menahan marahnya.
3) Memaafkan kesalahan org lain.
4) Apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera)
mengingat Allah + memohon ampunan di atas dosa-dosanya.
Marilah sama2 kita muhasabah, sudahkah kita memiliki ciri2 di atas yg hanyalah merupakan secebis dari ciri2 org bertaqwa yg diterangkan dalam Al-Quran..(ada banyak lagi insyaAllah)..
Semoga kita sama2 bersemangat utk bermujahadah utk menuju ke syurgaNya insyaAllah.. =)
Sebelum mengundur diri, ingin saya kongsi sebuah hadis riwayat Muslim sbg pembakar semangat kita semua insyaAllah:
Dari Hadis 22 (of Hadis 40):
Abu Abdillah Jabir bin Abdillah Al-Anshari r.a. menerangkan bahawa ada seorang lelaki yg bertanya kepada Rasululllah s.a.w., ia berkata:
"Bagaimana pendapatmu jika aku telah mengerjakan solat maktubah (solat fardhu 5 waktu), berpuasa ramadhan, menghalalkan yg halal, dan menharamkan yg haram dan aku tidak menambahnya dgn sesuatu apa pun. Apakah aku bisa masuk syurga?" Beliau menjawab; 'Ya' "
masyaAllah,jelas sungguh keterangan dalam alquran..
ReplyDeletedlm program jaSSi smlm,ustaz Marzuk,Tim.Pengarah Unt Agama HUSM sering mengingatkan satu hadis,supaya berpegang pd ajaran Alquran dan Assunnah,insyaAllah kte tidak akan sesat..
ape pun,matlamat kte adalah syurga dan redha Allah.same2 kte usahakan nya...insyaAllah...
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih, satu tazkirah yang sangat baik. Terasa begitu dekat dengan agama apabila inti tazkirah didasari dengan ayat Qur'an dan hadis Nabi.
Mengenai hadis "Tidak aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang jika kamu berpegang dengannya tidak akan sesat selama-lamanya - KitabuLlah dan sunnahku" ada diperbincangkan oleh `ulama hadis.
Banyak muhaddisin yang berpendapat hadis ini tidak sahih dan dha`if. Antaranya Ibnu Hajar Al-`Asqalaniy, Syeikh Muhammad Al-Amin, Syeikh Muqbil dan lain-lain.
Walaupun ada diriwayatkan dalam Muwattha' oleh Imam Malik, namun "sighah" yang dipakai menunjukkan Imam Malik tidak mengatakan hadis itu adalah sahih:
بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Kalimah بَلَغَهُ (telah sampai padanya) adalah sighah yang bukan mentashihkan hadis tersebut.
Meskipun segelintir muhaddisin seperti Al-Albaniy berpendapat ianya hasan, namun pendapat ini tidak kuat dan ditolak ramai muhaddisin lain.
Apa-apa pun, fiqh hadis ini sahih kerana perintah mematuhi KitabuLlah dan Sunnah Nabi dinyatakan dengan jelas dalam Al-Qur'an.
WaLlahu 'a`lam.
tazkirah yg ringkas dan mantap.
ReplyDeleteYa Rahim, jadikanlah kami dikalangan hambaMu yg bertaqwa...
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan," [an naba', ayat 31]
Best place to order fake drivers license online.
ReplyDeleteLA kush near me...........
.
Grape soda near me.
best juul pods online.
Are eureka carts safe?
Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
1g disposable vape pen.
1g disposable jack herer cartridge.
Where to buy oxydrolone online?
Highest quality chocolate bars 3000mg.