Tuesday, November 3, 2009

Yang Gelap...lawannya Cahaya.

Bismillahirrahmanirrahim..

Iman turun naik.... mcm graf sinus or cosinus... selepas turun, insyaAllah ada harapan utk naik kembali berbekalkan hidayah dari Allah...

Namun, ketika kita berada di 'trough' (i.e between the peaks = depression of iman) phase...sejauh mana kekuatan kita utk bergerak naik semula? Di saat itu, emosi sudah pasti membelenggu diri, sehingga kita semakin hanyut dlm 'viscous cycle'... mula2 kita rasa down, pastu inferior..then, kte rasa lemah sgt smpi takde semangat langsung utk improve diri supaya graf naik kembali....n the cycle will continue IF kte tak keluar dari cycle tu...

Mcm mana nk keluar dari cycle yg 'melemaskan' ini? Allah dah bg jawapanNya dalam AlQuran;
Surah Al Isra' 17:81

"Dan katakanlah; KEBENARAN telah datang dan yg batil telah lenyap.' Sungguh yg batil itu PASTI lenyap."


Jadi utk keluar dari depression of iman adalah dengan membuat banyak kebaikan supaya dapat melenyapkan kejahatan yg ada.... sekiranya kita terus hanyut dengan rasa lemah dan tidak berusaha utk memperbaiki diri secepat mungkin...sudah pasti kte tidak dpt bangkit kembali...

Namun, jika kita melawan emosi kita yg dihantui nafsu dan syaitan, dan segera menyesarkan segala kejahatan yg membelenggu diri dengan kebaikan, insyaAllah 'yg batil itu Pasti lenyap'..

Dan gunakanlah senjata kita utk pertahankn diri di saat yg kritikal ini i.e dgn berdoa;
Surah Al An'am 6:43

"Tetapi mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dgn kerendahan hati ketika siksaan Kami menimpa mereka? Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yg selalu mereka kerjakan"


Sekiranya kita berada di 'trough' phase, bersegeralah utk keluar darinya kerana sekiranya hati tidak terisi dengan iman dan taqwa, sudah pastinya ia akan terisi dengan jahiliyyah..hanya antara dua...jika bukan gelap, maka cahayalah..jika bukan cahaya, maka gelaplah...

na'uzu billah min zalik...

Ya Allah tunjukkanlah kpd kami yg benar sbg benar, dan dekatkanlah kami kepadanya...
Dan ya Allah..Kau tunjukkanlah kami yg batil sbg batil, dan kuatkanlah kami utk menjauhinya...


Amin...

Monday, October 26, 2009

Yang Paling Istimewa

Assalamualaikum wbt...smga semua berada dlm keadaan sejahtera iman, akhlaq dan kesihatan insyaAllah...

Kali ni nk ajak sume utk reflect betapa istimewanya kita sebagai manusia, salah satu dari berjuta makhluk ciptaan Allah...pencipta yg Maha Agung...

Di dalam surah Annas 114:1-3 secara spesifik dinyatakan Allah sebagai Tuhan manusia;
"Katakanlah 'Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, sembahan manusia' "


Berbanding di dalam surah Al Fatihah 1:2 Allah disebut sebagai Tuhan seluruh alam;
'Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam'

Tidakkah kita sedar betapa istimewanya KITA sebagai makhluk ciptaanNya yg disebut secara spesifik dalam AlQuran?

Bukan hanya setakat dengan itu, malah Allah turut menyediakan alam ini, bumi ini untuk KITA manusia hidup di dalamnya sementara menunggu hari akhirat yg kekal abadi....

Dalam surah AnNaba' 78: 6-18
'Bukankah Kami telah menjadikan Bumi sebagai hamparan,
dan gunung2 sbg pasak?
dan Kami menciptakan kamu berpasang2an,
dan Kami menjadikan tidurmu untuk beristirehat,
dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian,
dan Kami menjadikan siang utk mencari penghidupan,
dan Kami membangun di atas kamu 7 (langit) yg kukuh,
dan Kami menjadikan pelita yg terang-benderang (matahari),
dan Kami turunkan dari awan,air hujan yg tercurah dgn hebatnya,
utk Kami tumbuhkan dgn air itu biji2an dan tanam2an,
dan kebun2 yg rendang.'

Jika difikirkan kembali dari sudut teori sains, sudah pasti memerlukan berjuta2 chemical reaction utk menyalakan matahari, dan betapa kukuhnya langit yg Allah ciptakan yg tidak pernah runtuh, malah dihiasi bintang pada waktu malamnya utk memberi ketenangan dan arah kepada manusia.... fikirkanlah dari sudut graviti? proses pembentukan air hujan? (yg mengambil jurusan fizik pasti maklum betapa kompleks setiap proses ini..subhanallah)

Kesimpulannya, jelaslah betapa Allah merupakan jurutera yg Maha Bijaksana lagi Maha Agung yang telah mencipta alam, Bumi dan seluruh isinya ...dan Allah bukan setakat menciptanya, malah juga mentadbirnya setiap masa, setiap saat, setiap ketika...... tetapi untuk siapakah semuanya ini?? Sudah pasti utk yg paling istimewa... insyaAllah...

Dalam surah Al An'am 6:165
'Dan Dialah menjadikan kamu sebagai khalifah2 di Bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebhg kamu di atas yg lain, utk mengujimu di atas kurnia yg diberikanNya kpdmu. ...'

Sama2 kita berusaha utk dpt excellent dlm ujian yg dtg khas dari Allah, yg Maha Mencipta dan Mentadbir everything for the sake of hambaNya yg hina ini.... insyaAllah...

Wallahu a'lam..

Monday, October 19, 2009

Stairway to Heaven :)

Salam ukhuwwah buat semua,

Seperti mana yg kita sedia maklum, end in mind yg patut kita setkan ialah utk masuk syurga dgn redha-Nya insyaAllah....

Dari Surah Ali Imran 3:133

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg bertaqwa."

Tapi apakah jalan2 atau cara2 utk menuju syurga? jawapannya ada dalam ayat yg sama, iaitu dgn menjadi org2 yg bertaqwa...

Jadi, apakah ciri2 org bertaqwa yg patut kita lengkapkan diri dengannya? Sesungguhya banyak sekali penerangan tentang ciri2 org bertaqwa yg diterangkanNya dalam AlQuran...

Ciri2 org bertaqwa (berdasarkan Surah Ali Imran 3:134-135):


1) Berinfaq di waktu lapang mahupun sempit.
2) Menahan marahnya.
3) Memaafkan kesalahan org lain.
4) Apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera)
mengingat Allah + memohon ampunan di atas dosa-dosanya.


Marilah sama2 kita muhasabah, sudahkah kita memiliki ciri2 di atas yg hanyalah merupakan secebis dari ciri2 org bertaqwa yg diterangkan dalam Al-Quran..(ada banyak lagi insyaAllah)..

Semoga kita sama2 bersemangat utk bermujahadah utk menuju ke syurgaNya insyaAllah.. =)

Sebelum mengundur diri, ingin saya kongsi sebuah hadis riwayat Muslim sbg pembakar semangat kita semua insyaAllah:

Dari Hadis 22 (of Hadis 40):

Abu Abdillah Jabir bin Abdillah Al-Anshari r.a. menerangkan bahawa ada seorang lelaki yg bertanya kepada Rasululllah s.a.w., ia berkata:

"Bagaimana pendapatmu jika aku telah mengerjakan solat maktubah (solat fardhu 5 waktu), berpuasa ramadhan, menghalalkan yg halal, dan menharamkan yg haram dan aku tidak menambahnya dgn sesuatu apa pun. Apakah aku bisa masuk syurga?" Beliau menjawab; 'Ya' "

Monday, October 12, 2009

Keuntungan yang NYATA lagi BENAR dariNYA..

Salam ukhuwwah buat semua...

Apa khabar iman kita hari ini? Moga sentiasa bersemangat mencari redhaNya dalam apa jua yg antum lakukan sehari2 dan setiap tika...insyaAllah...

Ingin saya kongsi suatu hadis (di sini saya rephrase sahaja kerana 'short term memory' hehe...)...berdasarkan hadis itu...yang benar2 beruntung di kalangan yang beriman adalah org yang berILMU....dan yg paling beruntung di kalangan yg berilmu adalah yang berAMAL dengan ilmunya...dan yg paling beruntung di kalangan yg beramal dgn ilmunya adalah org2 yang beramal dgn IKHLAS.....

Tidakkah mahu kita menjadi org yg beruntung itu??

Allah sudahpun menunjukkan jalan kepada kita..selaku hambaNya...bagaimana menjadi hambaNya yg beruntung....
3:104

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yg menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yg makruf, dan mencegah dari yg mungkar. Dan mereka itulah org2 yg beruntung.

Rugilah org2 yg tidak mahu mengejar keuntungan ini....Sama2 kita muhasabah insyaAllah...

Fastabiqulkhairat!! :)

Wallahu a'lam...

Wednesday, September 30, 2009

untuk renungan bersama...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

salam 11 syawal..selamat meneruskan puasa2 sunat kepada muslimin dan muslimat sekalian :)
pernah saya menghadiri suatu kuliah subuh di sebuah masjid pada cuti yg lalu.ustaz penyampai tazkirah pagi tu membuat satu perumpamaan.ada seorang pemuda telah dimasukkn ke dlm pusat serenti kerana kesalahan menagih dadah.semasa di pusat serenti tu,pemuda itu telah menjalani mcm2 aktiviti kemasyarakatan,membaik pulih akhlak,akidah dan diterapkan pelbagai ilmu2 yg bermanfaat..sehingga akhlaknya bertukar menjadi begitu terpuji.sehingga suatu hari,tibalah masa utk pemuda tu dibebaskan dari pusat serenti tersebut...malang sekali apabila melihat dunia luar,bergaul dgn rakan2 lama dan lupa diri,pemuda itu kembali menagih dadah...begitu rugi nya masa hidup pemuda itu,bukan??

sama lah juga dgn konsep bulan ramadhan.bulan ramadhan adalah bulan mulia.bulan utk mentarbiah diri,mendidik diri ke arah yg lebih baik...namun,jika kita setakat tekun beramal ibadat pada bulan ramadhan saja lalu terus dengan akhlak sbg mana sebelum ditarbiyah,tiada guna nya...sebaik2 amalan adalah amalan yg istiqamah walaupun sedikit.disamping muhasabah diri dan update2 kan keimanan...insyaAllah,utk peringatan diri saya sendiri dan juga rakan2 semua.

jika bulan ramadhan yg telah kita lalui baru2 ini masih penuh kekurangan,jadikan sebagai iktibar supaya dapat diperbaiki lagi dan semoga berjumpa lagi ramadhan yg akan datang,insyaAllah.dan jadikan bulan2 mendatang bulan yg penuh barakah..

dikesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin..
sabda nabi SAW, sesiapa yg memaafkan manusia lain di dunia,maka Allah akan memaafkannya di akhirat...

Monday, August 24, 2009

ya ramadhan al-mubarak

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,masih diberi umur untuk berpuasa tahun ni.tambah pulak berpeluang berpuasa di malaysia bersama keluarga...syukur :)
sama2 kita rebut peluang ni untuk banyakkan amalan,insyaAllah.juga sebagai booster untuk teruskan amalan pada bulan2 mendatang,insyaAllah

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa,bulan rahmat,bulan pelepasan dari api neraka.Sabda nabi s.a.w:

«أتاكم رمضان، شهر مبارك، فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب الجنّة، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين، لله فيه ليلة خير من ألف شهر، من حرم خيرها فقد حرم»

[رواه النسائي وصححه الألباني]

Maksudnya;“telah datang kepada kamu Ramadhan,bulan keberkatan,Allah telah fardukan kamu berpuasa,dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka,dibelenggu syaitan-syaitan,demi Allah, padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan,sesiapa yang tidak mencari kebaikannya sesungguhnya diharamkan baginya kebaikan’.
(riwayat an-Nasa’ie disohihkan oleh al-Albani)

Dari keterangan hadis nabi s.a.w mereka mengetahui kelebihan,kemenangan dan keuntungan bulan Ramadhan,maka mereka ingin merebut peluang keemasan tersebut supaya mereka tidak menyesal di Hari Akhirat nanti kerana melepaskan dan mensia-siakan Ramadhan.

p/s: think positive.usaha lagi,insyaAllah..

Monday, August 3, 2009

Time waits for no man!

In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful..

It has been quite long since I posted anything in this blog.. To my dearest ukht; Horiah, forgive me for my inactiveness...

Now, back to our business; 'time waits for no man' !!

Allah says in Surah Al-'Asr:
By Time,
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching Truth, and of Patience and Constancy.


Journey towards Jannah is a never ending journey...it's like a moving train that will never stop in between stations, it will continue its journey until it reaches its destination...i.e when Islam finally wins, that is what Allah has promised to us...

But what has this got to do with us??? Yes it does... it is up to us whether we want to hop into the train and help the others to strenghthen and spread Islam... OR... do we just want to be the watcher...watch the train to reach its destination??

"To each is a goal to which Allah turns him; then strive together (as in a race) Towards all that is good. Wheresoever ye are, Allah will bring you Together. For Allah Hath power over all things." (Surah Al Baqarah, 2:148)

So, the answer is there already...

May Allah choose us to be one of the passengers of the said 'train' insyaAllah...

To Horiah; take care k my dear sis...can't wait to see you soon =)