Friday, June 26, 2009

Allah Maha Mengetahui

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Result 1st block exam dah kluar.tahniah kpd yg lulus dan yg cemerlang.teruskan mningkatkan prestasi anda disamping byk2 bersyukur dgn nikmat2 Allah.bagi yg kurang bernasib baik,jom kita sama2 berusaha lagi,insyaAllah.

Tapi kenapa saya gagal walaupun telah berusaha? mungkin usaha x mencukupi?teringat firman Allah dlm surah An-najm...
(53:39)-dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yg telah diusahakannya.
(53:40)-dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).
(53:41)-kemudian akan diberi balasan kpdnya dgn balasan yg paling sempurna.
(53:42)-dan sesungguhnya kpd Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu).

Jadi,yg penting,terus berusaha,kerana usaha itulah yg akan dinilai.

Tapi,kenapa musibah ni menimpa? kenapa harus diuji?
(29:2)-apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan "kami telah beriman",dan mereka tidak diuji?

Itulah manusia.manusia itu pelupa dan sering lupa.
Firman Allah...
(70:19)-sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh
(70:20)-apabila dia ditimpa kesusahan,dia berkeluh kesah
(70:21)-dan apabila mendapat kebaikan (harta),dia jadi kikir.

maka,jgnlah kita putus asa.gagal exam,hanyalah ujian dunia (insyaAllah,boleh diusahakan lg.tp,jika gagal di akhirat,bagaimana?pasti menjadi org yg paling rugi.nauzubillah...)
fikir2kanlah nikmat2 yg telah Allah kurniakan.kesihatan yg baik,keamanan,keselamatan,mcm2 rezeki...masyaAllah,tentu tidak terkira banyaknya!
(55:13)-maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?
jadi,marilah kita menjadi org yg bersyukur.
setiap org itu,Allah kurniakan dgn kelebihan dan kekurangan yg berbeza-beza.gunakan kelebihan yg ada sebaiknya,dan asahlah kekurangan sehabis mungkin,insyaAllah.

Tapi,kadang2 terasa spt belajar hanya utk exam??
mungkin ini salah 1 puncanya jadi begini.nauzubillah,ikhlaslah menuntut ilmu kerana Allah,lebih2 lagi,ilmu inilah yg akan digunakan apabila bekerja nnt,insyaAllah.
(94:7)-maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras (utk urusan yg lain).
Block 1 telah berlalu.jadi ape lg,jom kita teruskan bekerja utk block 2 dan block2 seterusnya :)

Setelah berusaha,bertawakallah (berserah) kpd Allah.usaha & tawakal,tangga kejayaan.
(65:2)-.....demikianlah pengajaran itu diberikan bg org yg beriman kpd Allah dan hari akhirat.barang siapa bertaqwa kpd Allah,nescaya Dia akn membukakan jln keluar baginya.
(65:3)-dan Dia memberikan rezeki dari arah yg tidak disangka-sangkanya.dan barang siapa bertawakal kpd Allah,nescaya Allah akn mecukupkan (keperluan)nya.sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

Disamping tu,kenelah terus berdoa pd Allah yg Maha Mendengar.
(40:60)-dan Tuhanmu berfirman,"berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu....."
(27:62)-bukankah Dia (Allah) yg memperkenankan (doa) org yg dalam kesulitan apabila dia berdoa kpd Nya,dan menghilagkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sbg khalifah (pemimpin) di bumi?apakah disamping Allah ada tuhan (yg lain)? sedikit sekali (nikmat Allah) yg kamu ingat.

Tinggalkan perkara sia-sia.
Abu Hurairah ra. berkata,Rasulullah saw. bersabda,
"Diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya."
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Dan jgnlah kita termakan dgn bisikan2 muslihat syaitan.nak tau rahsia dan pengakuan syaitan??
(14:22)-dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan,"sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yg benar,dan aku pun telah menjanjikan kpdmu, tetapi aku menyalahinya.tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,melainkan sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,oleh sebab itu,jgnlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah dirimu sendiri.aku tidak dapat menolongmu,dan kamu pun tidak dapat menolongku.sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dgn Allah) sejak dahulu." Sungguh, org yg zalim akan mendapat siksaan yg pedih.

Sebaliknya,dekat2 kanlah diri kpd Allah...
(5:35)-wahai org2 yg beriman! bertaqwalah kpd Allah dan carilah wasilah (jalan) utk mendekatkan diri kepadaNya,dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya,agar kamu beruntung.
(2:214)-....."bilakah datang pertolongan Allah?" ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(47:7)-wahai org2 yg beriman! jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

"YaAllah,letakkanlah dunia di tanganku,dan letakkanlah akhirat di hatiku"
(28:77)-dan carilah (pahala) negeri akhirat dgn apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi,jgnlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada org lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi.sungguh Allah tidak menyukai org yg berbuat kerosakan.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat,Ameen....

"Our greatest glory is not in never falling,but in rising every time we fall"
insyaAllah...
moga-moga Allah jadikan kita golongan yg terpilih.
Akhir kata,teruskan berusaha,teruskan perjuangan,selamat bermujahadah

Dan ingatlah,janji Allah itu pasti.
Wallahua'lam...

Friday, June 12, 2009

senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah


Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.

Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.
Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.


Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.


Dipetik dari akhbar Berita Harian :)