Showing posts with label Qadhaya. Show all posts
Showing posts with label Qadhaya. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Tiada Syurga Buat Para Pemfitnah

Di akhir zaman ini, kita sedang lihat amalan fitnah menfitnah semakin menjadi-jadi. Merebak macam kudis buta.

Semakin dunia menjelang kiamat, perbuatan menfitnah sesama manusia telah menjadi penyakit sosial yang amat parah dan sukar dirawati. Entah berapa ramai manusia yang disumbat ke lubang lahad dalam keadaan dosa fitnahnya belum terampun dan entah berapa ramai pula mangsa fitnah yang telah bersemadi di alam Barzakh sana yang belum terbela haknya serta belum dibersihkan nama serta kehormatannya?

PENYAKIT ROHANI

Fitnah sebagaimana yang dijelaskan Islam merupakan penyakit rohani yang mat keji lagi hina. Sungguh hina dan keji manusia-manusia penyebar fitnah. Bahkah mereka lebih keji, hina dan sesat dari binatang melata. Kerana sebuas mana pun binatang itu, tidaklah kita dapati mereka sibuk menfitnah sesama mereka.

Agama memandang keji perbuatan fitnah menfitnah kerana ia mendatangkan akibat buruk pada diri pemfitnah dan insan yang menjadi mangsa fitnahnya. Akibat buruk itu bukan hanya segera terjadi di atas dunia bahkan lebih dahsyat lagi di akhirat sana.

Pelik! kenapa seseorang suka menfitnah orang lain? Apa yang seronoknya kalau boleh memfitnah orang lain?

Jawapan kepada persoalan ‘kenapa’ suka menfitnah di atas dapat kita ungkaikan dengan cara menghadami definisi fitnah di bawah ini.

PENGERTIAN FITNAH

Erti Fitnah: “Seorang yang menyampai dan menyebarkan keburukan orang lain di khalayak orang ramai supaya orang ramai membenci, menyisih, tidak mempercayai, memusuhi bahkan memandang hina terhadapnya.

Setelah dihadamkan pengertian fitnah di atas, kita berkefahaman bahawa hodoh sungguh perangai pembuat dan penyebar fitnah.

Pembuat dan penyebar fitnah juga disifatkan Islam sebagai seorang kejam lagi tidak berperi kemanusiaan. Kejam dan zalimnya dosa menfitnah itu lebih berat dan lebih teruk dari dosa pembunuhan. Kejamnya dosa fitnah itu dinilai dari sudut akibat dan impak negatifnya. Bukan mangsa seorang sahaja yang akan terpalit fitnah, menanggung malu, tertekan dan derita bahkan seluruh ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan sekelian keturunannya juga pun turut diheret sama ke kancah yang mengaibkan lagi tidak ketahuan hala itu.

Firman Allah SWT: “..dan fitnah itu lebih besar (bahaya dan impak negatifnya) daripada pembunuhan.” (surah Al Baqarah ayat 191).

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan: “..dan fitnah itu lebih besar (dosa)nya daripada pembunuhan.” (surah Al Baqarah ayat 217).

JAUHI PENYEBAR FITNAH

Usah kita bercampur, bersekongkol dan bersama dengan para pembuat dan penyebar fitnah. Jangan didekati perkumpulan mereka. Kebarangkalian yang besar bahawa iblis dan syaitan turut sama menyertai majlis para pemfitnah serta turut sama menghamburkan idea-idea jahat dan licitnya. Amat diitakuti bahawa azab dan kemurkaan Allah akan menimpa para pemfitnah dan sekelian penyokongnya di dunia lagi.

Firman Allah SWT: “..dan janganlah kamu ikuti orang-orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela (dan) yang ke sana kemari menghamburkan fitnah (mereka cerita), yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa.” (SurahAl Qalam ayat10-12).

TAKUTLAH KEPADA ALLAH

Kepada para pemfitnah iaitu pereka fitnah dan penyebarnya, takutlah kepada Allah SWT yang sentiasa mengawasi dan memantau kejelikan dan kejahatan perangaimu.

Lupakah engkau di saat engkau mereka cipta fitnah itu kemudian menyebarkannya kepada orang lain bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengetahui perbuatan engkau? Lupakah engaku bahawa segala perbautan engkau akan diperhitungkan di padang Mahsyar nanti? Tidak pernahkah engkau mendengar bahawa pra pemfitnah akan pulang ke akhirat sebagai seorang Muflis?

Andai engku tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi itu baik berupa kata-kata, tulisan maupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan. Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.

Sabda Nabi SAW:

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


p/s: Kepada para pemfitnah, segeralah bertaubat! ( link asal )

Thursday, May 6, 2010

He is so sweet ;)

Salam semua,

apa khabar iman harini? moga ia lebih baik dari semalam insyaAllah..
alhamdulillah harini hati ni tiba2 tergerak utk share sesuatu.. akhir2 ni sgt byk perkara yg mengharukan berlaku di sekeliling diri yg sebenarnya sgt tak layak pun untuk diharukan oleh sesiapa...

before that, nk share lagu ni:)



alhamdulillah..alhamdulillah...
hari ni dgn izin Allah, satu amanah dpt farah laksanakan.. walaupun atas kelemahan diri, mungkin patutnya boleh buat lebih baik..still terima kasih to Allah...

harini kat hospital, tiba2 rasa harini adalah hari yg paling best! tak tau nape...rasa doctor tu sgt baik...groupmate pn baik... tp bila difikir2kan balik... walau terharu macam mne sekalipun dgn kebaikan manusia, sesungguhnya Yang Maha Pencipta jauh lebih Maha Mulia...

Allah sentiasa beri...beri...dan beri kepada hambaNya...
walaupun kadangkala hambaNya tak ingat pun utk minta kepadaNya..Allah tetap bg..
Allah sentiasa setia atur segala ciptaanNya sebaik mungkin utk hambaNya yg bernama manusia...supaya setiap hari merupakan hari yg sgt istimewa buat kita semua...

Tp, seringkali kita terlepas pandang...
Dan seringkali kita alpa bahawasanya setiap nikmat yg Allah kurniakan...adalah untuk diSYUKURI...

bagaimana kita bersyukur??
buatlah apa yg Allah sukai...
Allah suka hambaNya memohon padaNya...jadi teruslah berdoa...
Allah suka hambaNya menyembahNya...jadi sembahlah hanya Allah...dan sampaikanlah kebaikan dengan kebenaran dan kesabaran (Surah An 'asr) supaya di muka bumi ini hanya Allah yg disembah...bukan yg lain dariNya...
Ayuh kita mulakan dari diri kita sendiri... agar dpt menjadi qudwah kepada diri dan org lain... kerana Islam itu agama Qudwah...dan nabi Muhammad adalah sebaik2 qudwah..

Wallahu a'lam..

Wednesday, February 17, 2010

TQ Allah for the support system.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Semalam merupakan hari yg sangat bermakna buatku..
Pulang dari sekolah, pelukan sisters sgt mengharukan diriku..
Lama sekali pelukan itu.. pelukan dari tiap mereka membuatku lebih kuat..
Walaupun pada masa yg sama lacrimal duct terus-menerus merembes rembesannya...
Pelukan berkenaan jauh lebih bermakna dari kata2..
Thanks Allah..

Malam itu,
Seorang sister dtg menjengukku,
Pelukannya sudah mencukupi..
Lacrimal duct merembes lagi...
Ya Allah.. segalanya merupakan nikmat dariMU... aku yakin inilah yg terbaik buatku..
Aku akan usaha dgn lebih gigih lagi insyaAllah!
Cume ada sedikit rasa bersalah terhadap Ansorullah..
Maafkan aku Ansorullah...

"'Jgn berhati lemah dlm mengejar musuhmu.Jika kamu menderita kesakitan ketahuilah bahawa mereka pun menderita kesakitan sebagai mana yg kamu rasakan sedangkan kamu MASIH boleh MENGHARAPKAN dari Allah apa yg tak dpt mereka harapkan.'(Ayat AQ)
pedulikan apa org fikir pasal diri kita, yg pasti kita yakin Allah nilai kita, n kita dah cuba yg terbaik semampunya kan? Kuatkan diri farah, usrati saya adalah kekuatan saya, kalau farah lemah..saya pun akan lemah..insyaAllah ni yg terbaik utk kita berdua..wslm." [text from sister A)..membacanya telah merangsang lacrimal ductku menjalankan tugasnya lagi dan lagi..

"Huhu..great thing to do!puaskan..br lege..ok,we'll have a chat about things nnt ek..byk2 doa n solat sunat, mntk Allah bg kekuatan:) " [text from sister B in the middle of her exam week]

"Allah pilih farah...maknanya Allah tahu farah mampu hadapinya... insyaAllah farah akan jadi seorang yg lebih kuat lepas ni..dgn ujian ni.." [kata sister C]

"Akk pun penah rasa apa yg awk rasa dlu.. xpe, bykkan borak n mengadu pada Allah...Allah yg paling tahu apa yg awk rasa.." [kata sister D]

"Bersyukurlah.." [reply pendek dari adikku]

"'Kakak dlu pun penah fail exam time undergrad dlu...lepas fail..kne resit, then fail lagi.. pastu resit lg...' 'Tp nape farah xpenah nampak XXX sedih?' 'Sbb kakak dah nangis puas2..dan apa yg kakak fikir lepas tu kakak nk wat lebih baik utk yg akan dtg..Kakak yakin farah boleh buat.. ' " [from my sis]

" Takpe... jgn sedih2..YYY dlu pun penah fail exam kereta...pastu amik exam lagi..fail lagi..tp dia tak nangis pun..farah jgn lupa rehat k .." [mama]

" Takyah nangis la...nangis watpo.. insyaAllah berjaya.." [baba]

Thanks to ALLAH for every single nikmat..

Sekadar berkongsi pengalaman :)