Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah di atas segala nikmat dan kurniaNya. Salam Maulidur Rasul saya ucapkan kepada semua.
Sebagai pembuka kata, eloklah kita refresh sedikit potongan ayat al-Quran. Firman Allah,
"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang beriman"
[at-Taubah, 9:128]
MasyaAllah, begitu sekali Rasulullah s.a.w memikir dan mengambil berat tentang umatnya. Pengorbanan Rasulullah bertahun-tahun sebelum ini, semata-mata untuk menyebarkan wahyuNya kepada umat manusia. Lihat sajalah dari pelbagai kisah dan episod perang, sehinggakan baginda cedera parah, patah gigi, dan macam-macam lagi penghinaan, tetapi baginda tidak pernah patah semangat, malah terus tekad menyampaikan dakwahnya. Jika bukan kerana kerana pengorbanan Rasulullah selama ini, belum tentu kita dapat rasakan nikmat terbesar ini, Iman dan Islam. Alhamdulillah, terima kasih ya Rasulullah, pengorbananmu tak mungkin dapat kami balas.
"Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam."
[al-Anbiya', 21: 107]
Alhamdulillah, hari ini, Islam telah sampai kepada kita dengan sejahteranya. Tinggal saja lagi kita yang mahu mengamalkannya secara total atau pinggir2 sahaja. Oleh itu marilah kita bersyukur dengan syukur yang sebenar-benarnya. Kurangnya menghayati kisah perjuangan nabi serta kurangnya rasa bersyukur adalah antara faktor rosaknya sesuatu ummah hari ini. Ya, benar kata seorang sahabat, sungguh sedikit orang yang bersyukur. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur, Amin...
"...Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur."
[Saba', 34: 13]
Alhamdulillah... :)
Petang tadi, kebetulan saya berkesempatan melewati depan sebuah masjid berdekatan kolej, semasa dalam perjalanan keluar bersama keluarga yang datang melawat. Tiba-tiba perjalanan kereta kami disekat dan ketika itu kelihatan berderu-deru sekumpulan orang ramai yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Ada yang tua, muda dan tak kurang juga anak-anak kecil juga turut menyertai. Mereka berpakaian seragam, bewarna-warni, tertib dalam barisan, lengkap dengan sepanduk yang ditulis dengan kalimah jawi, berbahasa Arab, lebih tepat, kalimat selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. "Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad"
Alhamdullillah, bersemangat sungguh mereka melaungkan selawat beramai-ramai. Namun, terlintas di hati saya, adakah ini ajaran nabi? Adakah ini yang Nabi harapkan dari umatnya? Apa pula pandangan orang bukan Islam tentang Islam jika mereka menyaksikan perarakan di bawah terikan matahari dengan pelbagai pakaian cantik dan seragam itu?
Allah berfiman dalam surah Asy-Syu'ara' yang bermaksud,
"Kaum Nuh telah mendustakan para rasul. ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka, 'mengapa kamu tidak bertakwa? sesungguhnya aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu; imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam, maka bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku' "
[asy-Syu'ara', 26: 105-110]
Saya terus berfikir...
adakah ini bukti cinta mereka kepada nabi Muhammad s.a.w? atau mereka hanya mengikut amalan tradisi? tradisi siapa, nenek moyang mereka?
Soalan tak terjawab...
Adakah mereka benar-benar mengamalkan segala suruhan Allah dan ajaran nabi? adakah pada hari-hari biasa pun mereka banyak berselawat sepertimana mereka berselawat pada hari maulidur Rasul ini? saya sangka, pasti YA kan? jika benar sangkaan saya betul, Alhamdulillah, syukur... semoga Allah menerima amalam mereka, insyaAllah. tapi jika jawapannya adalah TIDAK, masyaAllah, sedarlah wahai saudara seislamku. Kembalilah pada ajaran Islam yang sebenar-benarnya, iaitu ajaran yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah nabi. Selain dari itu, maka insyaAllah tertolaklah amalan kita, nauzubillah.
Bercakap tentang kecintaan terhadap nabi, saya teringat pesan seorang ustazah kesayangan saya ketika di sekolah menengah 6 tahun yang lalu. Ketika itu, ustazah mengajukan seolan cepu emas kepada kami semua. "Jika benar kalian sayang Rasulullah, bagaimana kalian buktikan kecintaan itu?" Kami terdiam. Tak lama lepas tu, ada beberapa sahabat yang menjawab dengan jawapan2 yang boleh dikatakan mengikut skema jawapan peperiksaan SPM. "kita kena lah buat baik seperti mana yang nabi ajar, banyakkan selawat, banyakkan amal ibadat......."
Alhamdulillah, bagus2 sahabat saya. tapi harapan saya, biarlah cakap serupa bikin. ustazah menyambung lagi, "awak benar2 buat semua tu?" kelihatan si penjawab soalan tadi senyum tersipu-sipu. apakah maksud senyuman itu, hanya dia yang tahu. hehe...
Terus, ustazah memulakan tazkirahnya. Antara isinya yang masih saya ingat, kita haruslah mencintai Rasulullah lebih dari mencintai diri kita, ibu bapa kita sendiri, dan segala makhluk di dunia ini. Ini bertepatan dengan sabda nabi yang bermaksud,
"Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia”
[riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
Malah, mencintai nabi itu sendiri melambangkan cinta kita kepada Allah yang Esa.
"Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutuskanmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka."
[an-Nisa', 4: 80]
"Katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Katakanlah (Muhammad), 'Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
[Ali-Imran, 3: 31-32]
InsyaAllah, semoga kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah mengizinkan kita untuk mendapat syafaatnya di akhirat kelak, Amin...
Ustazah menyambung lagi, "jadi, bagaimana nak sayang nabi melebihi segalanya?" Kali ini ustazah sendiri yang menjawab pertanyaannya. "Kita perlu mementingkan kamahuan nabi melebihi kemahuan kita sendiri. Bagaimana? Caranya adalah mudah, lakukan segala suruhan Nabi, dan tinggalkan segala larangannya."
Rentetan soal jawab Uztazah pagi itu membuatkan, walaupun ringkas tapi padat dengan unsur pengajarannya.
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah sangat keras hukumuanNya."
[al-Hasyr, 59: 7]
Namun kita sering kata, "amar makruf, nahi mungkar". Apakah itu semua? Adakah kita telah melaksanakannya? Astaghfirullahal Azim... ampunilah kami yaAllah jika tidak sempurna dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai khalifah di muka bumi ini. InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa, insyaAllah.
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah."
[al-Ahzab, 33: 21]
Maka, akhir kata marilah kita sama-sama improve diri dan juga ummah, demi untuk terus menegakkan agama Allah. Semoga sembang2 petang ini memberi manfaat buat semua. Berilmu, Beriman, Beramal, InsyaAllah :)
"...Ikutilah dia, agar kamu mendapat petunjuk..."
[al-A'raf, 7: 158]