"Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya:
'Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.'"Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal, maka ia menyatakan:
'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman:
'Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku'' Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."
(Hadis Riwayat Ahmad)