Friday, May 22, 2009

ibnu sina bapa perubatan dunia


Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


SUMBANGAN
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.


Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

10 comments:

  1. Salam.

    Sekadar bertanya, adakah mazhab Ibnu Sina adalah sama seperti gurunya iaitu Al-Farabi? Adakah beliau termasuk dalam Syi`ah?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dalam kita menuntut ilmu, smga kita dapat mencontohi tokoh2 Islam terdahulu i.e.

    "tahu semua dalam sesuatu perkara DAN tahu sesuatu dalam semua perkara"

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya ilmu itu milik umat islam yang telah hilang dari jiwa seorang muslim. menjadi satu kewajipan untuk kita mencarinya samada dari seorang guru yang muslim, majusi aataupun nasrani.

    ReplyDelete
  5. jadikanlah kegigihan ibnu sina dlm menuntut ilmu pengetahuan sebagai satu peniup semangat utk kita lebih bersungguh2 dlm mencari ilmu, lg2 yg merantau jauh utk belajar, seperti kita semua.

    imam an-nawawi r.a. pernah berkata:
    "Seorang penuntut ilmu harus memiliki jiwa rakus untuk belajar ilmu, sentiasa menekuninya pada setiap waktu, baik malam ataupun siang, ketika bermukim ataupun berpergian. Ia tidak boleh menyiakan sedikit pun waktunya untuk selain ilmu, kecuali kerana terpaksa. seperti utk makan dan tidur yang tak mungkin ia elakkan. termasuk pula istirehat sejenak untuk menghilangkan kejenuhan dan kebosanan, serta keperluan-keperluan penting lainnya."

    lihatlah sumbangan al-Qanun fi al-Thib beliau yg byk memperbaharui ilmu dunia perubatan. juga sumbangan ibnu an-Nafis dlm teori pengaliran darah. dan ramai lagi ilmuwan2 islam yg tak terlarat utk menyenaraikan semuanya.

    tapi jika kita lihat skrg, dimanakah ilmuwan2 islam? kenape ramai dari kaum yahud dan nasara yg lebih mendpt name? inilah antara agenda2 mereka utk merendahkan agama kita.

    mmg xboleh dinafikan, umat islam sdg mengalami zaman kejatuhan, esp. sejak runtuhnya khalifah uthmaniyyah pd tahun 1922. tapi, sampai bila perlu duduk termenung? takkan ada matlamat tercapai tanpa usaha.

    kita perlu buktikan, yg islam ini kuat. kita jugak perlu buktikan, org islam lah yg telah byk membuat penemuan baru dlm bidang ilmu, sehinggakan menjadi panduan2 di seluruh dunia. kita juga mesti igt, takkan bangkit zaman renaissance di eropah tanpa pengaruh2 kerajaan islam satu masa dulu.

    marilah kita bangkit dari 'tidur' kita agar islam kembali di mata dunia. kita boleh. dan pasti boleh.

    "dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya. sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Kuasa." al-Hajj; 40

    "jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu.." ali Imran; 160

    ReplyDelete
  6. salam
    betul tu,saya setuju dgn pendapat anda semua.terima kasih atas sedikit pkongsian tentang sejarah kegemilangan islam yg telah melahirkan ilmuan2 islam terdahulu yg terlalu byk sumbangannya pada dunia hari ini.sebagai generasi baru,kita lah yg mesti meneruskan perjuangan mereka,insyaAllah.
    majulah islam untuk umat manusia.

    ReplyDelete
  7. ya allah. kata kata imanuddin cukup untuk membuatkan seekeor harimau yang sedang lena tidur dalam diri seorang mukmin untuk bangit terjaga dan mengaum kuat mengancam dunia andai setiap diri seorang mukmin itu benar benar mamahami akan tanggungjawab dilahirkan diatas muka dunia ini

    izinkan dramin nukilkan disini 3 tgungjwb besar seorg mukmin
    1. beribadah kepada ALLAH
    2. KHALIFAH ALLAH dimuka bumi memakmurkannya
    3. Amar makruf nahi munkar

    ReplyDelete
  8. maaf silap typing nama. correction imanulhasan bukan imanuddin. harap maaf

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah,segala yg baik itu datang dr Allah.

    ReplyDelete