Wednesday, September 30, 2009

untuk renungan bersama...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

salam 11 syawal..selamat meneruskan puasa2 sunat kepada muslimin dan muslimat sekalian :)
pernah saya menghadiri suatu kuliah subuh di sebuah masjid pada cuti yg lalu.ustaz penyampai tazkirah pagi tu membuat satu perumpamaan.ada seorang pemuda telah dimasukkn ke dlm pusat serenti kerana kesalahan menagih dadah.semasa di pusat serenti tu,pemuda itu telah menjalani mcm2 aktiviti kemasyarakatan,membaik pulih akhlak,akidah dan diterapkan pelbagai ilmu2 yg bermanfaat..sehingga akhlaknya bertukar menjadi begitu terpuji.sehingga suatu hari,tibalah masa utk pemuda tu dibebaskan dari pusat serenti tersebut...malang sekali apabila melihat dunia luar,bergaul dgn rakan2 lama dan lupa diri,pemuda itu kembali menagih dadah...begitu rugi nya masa hidup pemuda itu,bukan??

sama lah juga dgn konsep bulan ramadhan.bulan ramadhan adalah bulan mulia.bulan utk mentarbiah diri,mendidik diri ke arah yg lebih baik...namun,jika kita setakat tekun beramal ibadat pada bulan ramadhan saja lalu terus dengan akhlak sbg mana sebelum ditarbiyah,tiada guna nya...sebaik2 amalan adalah amalan yg istiqamah walaupun sedikit.disamping muhasabah diri dan update2 kan keimanan...insyaAllah,utk peringatan diri saya sendiri dan juga rakan2 semua.

jika bulan ramadhan yg telah kita lalui baru2 ini masih penuh kekurangan,jadikan sebagai iktibar supaya dapat diperbaiki lagi dan semoga berjumpa lagi ramadhan yg akan datang,insyaAllah.dan jadikan bulan2 mendatang bulan yg penuh barakah..

dikesempatan ini saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin..
sabda nabi SAW, sesiapa yg memaafkan manusia lain di dunia,maka Allah akan memaafkannya di akhirat...

No comments:

Post a Comment