Apa khabar iman kita hari ini? Adakah setinggi langit atau serendah Bumi tempat kita berpijak? Atau berbolak-balik seperti pergerakan rawak zarah-zarah gas dalam udara?
Sudahkah kita bersyukur hari ini? Atau adakah hari ini hanyalah hari-hari biasa seperti semalam dan akan dilalui begitu sahaja?
Dalam hidup kita sehari-hari... sering sahaja perasaan dan emosi diri dihentam rasa stress, sedih, letih, perih dan sebagainya kerana terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan terlalu banyak perkara yang perlu dicapai untuk meneruskan hidup. Dan terlalu banyak expectation yang perlu dipenuhi.
Syukur kita punya Allah... Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Dia sentiasa menanti hambaNya meminta kepadaNya...
Dia Maha Pemberi Rezeki... Maha Pemurah... apa lagi yang kita mahukan?
Mintalah kepadaNya...
Ketika kita merasakan bahawa tiada sesiapa di dunia ini yang dapat membantu kita, yang dapat menyelesaikan masalah kita...sudahkah kita lupa akan kata-kata Allah? yang tak mungkin dimungkiri?
Ketika hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa bila ia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKU, dan beriman kepadaKu agar mereka itu memperoleh kebenaran.
Surah Al Baqarah 2:186
Mengapa kita hanya ingat padaNya apabila kita merasa susah? Sedangkan Dia sentiasa dekat dengan kita, dan menanti kita meminta pertolongan kepadaNya?
Ketika mendapat nikmat yang menggembirakan kita, mengapa selalunya kita mengatakan; "Nasib baik...(begini..dan begini).." ?
Mengapa bukan ucapan "Alhamdulillah" (segala puji bagi Allah) yang mendahului segala rasa gembira kita? Adakah kita tidak sedar bahawa Allah yang memberi segala kegembiraan itu?
Dan sekiranya kita tidak meminta dari Allah untuk mendapat semua nikmat itu... tidak pernahkah kita terfikir bahawa mungkin Allah sedang mengabulkan doa orang lain yang mendoakan kesejahteraan kita? Doa ibu bapa kita? Doa sahabat-sahabat kita?
Doa adalah senjata mukmin.. Justeru sentiasalah memohon kepadaNya dalam apa jua pilihan yang kita hadapi... kerana Allah sangat suka hambaNya meminta kepadaNya...
Kerana Dia tidak pernah letih dan lalai dari menunaikan janjiNya..
Justeru, marilah kita meningkatkan rasa kebergantungan kepada Allah.. yang paling dekat dengan kita...tapi seringkali kita terlepas pandang kewujudanNya...
Ingatlah kepadaNya, dan mintalah kepadaNya...ketika senang dan susah...
Mintalah supaya Allah memberikan yang terbaik kepada kita...
Dengan syarat (seperti dalam ayat 2:186), tunaikanlah perintahNya agar kita memperoleh kebenaran...
InsyaAllah...
Wallahu a'lam..
(Muhasabah from Wacana Intelek, Leicester- by Prof Dr Hj Muhd Kamil)
post bermakna untuk diri yuyu yg sedang stress..moga dipelihara hati ini..jiwa ini..aminnnn
ReplyDeletethanks..!!
Best place to order fake drivers license online.
ReplyDeleteLA kush near me...........
.
Grape soda near me.
best juul pods online.
Are eureka carts safe?
Best place to order beachberry cake carts online.
Where to buy berry punch carts online?
1g disposable vape pen.
1g disposable jack herer cartridge.
Where to buy oxydrolone online?
Highest quality chocolate bars 3000mg.