Sunday, May 30, 2010

Indahnya Alam Ciptaan Allah :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah,bertemu lagi kita di ruangan blog ini.Kali ni saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika melawat tempat2 menarik di India baru2 ini.Pada 1 May yg lalu,saya bersama 7 rakan2 yg lain telah melawat Ooty.Perjalanan yg mengambil masa hampir 11 jam dgn menaiki van ni meninggalkan byk pengalaman manis buat saya dan kwn2 :)

Udagamandalam-ooty,juga dipaggil sebagai Queen of Hills ini terletak pada persimpangan antara Tamilnadu,Kerala dan Karnataka,pada ketinggian 7500 kaki dari paras laut.Udara yg nyaman menyegarkan kami,walaupun travel yg agak lama..


Antara tempat2 menarik yg sempat dilawati: Botanical Garden,Ooty Lake dan ladang teh.Lama sungguh rasanye tak berpeluang ke tempat2 sebegini.Padang2 menghijau,pokok2 segar dgn pelbagai jenis bunga yg berwarna warni membuatkan hati saya berbunga-bunga :D ,juga menyejukkn mata memandang.Kehadiran pengunjung yg agak ramai ketika itu memeriahkan lagi suasana :p ,keasyikan kanak2 bermain dan berlari mengingatkan kembali pada zaman kanak2...(^^,)



Selain itu,Ooty juga terkenal dgn penjualan berbagai2 jenis coklat...coklat sememangnye menjadi kegemaran saya sejak kecik lagi...jadi,ape lagi,borong coklat lah time tu....hehehe...

Kami bertolak pulang ke Manipal pada malam itu juga...Alhamdulillah,segalanya selamat dan berjalan lancar...

Pada 16 May pula ,kami berkesempatan ke Jogfalls.Jogfalls merupakan air terjun tertinggi di India dgn ketinggian 253 m (829 kaki),terletak di daerah Shimoga,Karnataka.Seperti yg dpt dilihat dlm gmbar di bawah ini (sumber:http://www.aryacity.com/Travel/JogFalls.html), 4 trek air terjun dari kiri ke kanan: Raja(king),Roarer,Rocket dan Rani (queen).

Malangnya,setibanya kami di sana,kami tidak dibenarkan turun disebabkan sedikit kerja baik pulih sedang dijalankan.Jadi,as a plan B,kami memutuskan utk pergi ke tempat yg terdekat, Rani fall.Dapat berkelah di puncak jogfalls pun jadi lah...itupun dh cukup menarik. Alhamdulillah...
Jauh perjalanan,luas pemandangan :)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,"
(Ali Imran: 190)
p/s : Good luck pada kawan2 semua yg akan menduduki end-posting exam Khamis ni... semoga segalanya dipermudahkan,insyaAllah...

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul2,mmg cantik..ktorg tak bermalam pun,tu yg sempat gi beberapa tempat je..even circle pun xsempat pegi..situ lagi byk jual coklat katanye.yup,toy train pun best..
    jadi,pd junior2 dan sape2 saje,pergilah ke ooty dan jogfalls!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah,ada masa nnt,boleh gi dgn fmly pula XD
    TQ for the info.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing those beautiful pics;)
    lain kali kne bwk kte g sana...hehe...

    k, tc dear:)

    ReplyDelete
  6. Farah,nk bawak datang sini,mcm dh xsempat.farah pun ade exam.hehe :p
    nanti kte jalan2 kat taman bunge balik msia nnt ye..hihi,insyaAllah

    ReplyDelete